Glimmer Pearl
Jang Geun Suk Derma $4,000 USD untuk amal kebajikan
Jumaat, 9 Disember 2011 10:32 PG | 0 comments



Huhu..apa khabar semua? Hari ini Nisa nak shared satu entry dengan korang. Sesape yang minat korea, meyh la sini cheq nak habak kat hangpa. Hehe... Mesti yang ada diantara korang kenal Jang Geun Suk yang popular dalam drama korea He's Beautiful gandingan bersama Park Shin Hae yang tomey tu.. Haa..korang nak tahu Jang Geun Suk ni seorang lelaki yang sangat baik hati dan prihatin dengan masyarakat.

Pada tahun ketiga 2011 Asia Jewelry Awards mengadakan acara jualan lelongan, Jang Geun Suk berjaya memenangi bidaan mahkota yang dipakai oleh Miss Korea 2009. Tawaran bermula pada kira-kira $3,200 USD, tetapi JGS meletakkan tawaran yang lebih tinggi sebanyak $4,000 USD, berjaya memenangi item.

Hasil daripada lelongan itu didermakan kepada UNICEF untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik diseluruh dunia. JGS juga sebelum ini mendapat perhatian menderma lebih daripada $ 1.060.820 USD di Hanyang University,Korea.